Day01 - 20/01/2012 (10:00 pm) dah berkumpul kat pimai. tunggu rakan2 yg lain.
Day02 - 21/01/2012 (12:15am) baru gerak ke cameron highland; (06:30) tiba kat Kg. Raja, sarapan; (08:15am) Lapor diri kat balai
Polis Kg. Raja, packing untuk masuk dan menunggu 4WD; (09:30am) Gerak ke Blue Valley dam. (10:13am) Tiba di Blue Valley Dam; (10:45am) selepas renggan otot, kami mulakan pendakian. Selepas pusing2 dibawah starting point kami berehat sekitar jam 12:40pm; (16:38pm) tiba di kem tikus and take 5 (19:55pm) sampai di Puncak 3 Boundries dan bermalam di sini.
Day03 - 22/01/2012 (10:12am) selepas sarapan, kami bergerak ke kem Charlie; (12:02pm) tiba di kem Charlie; (12:45pm) selepas habis
lelah bergerak ke kem Gurkha (14:10pm) tiba di Kem Gurkha utk lunch. selepas habis lunch kami akan bergerak ke puncak Yong
Belar (17:05pm) kami mulakan kembali langkah kami. Perjalanan agak pacak dan panjang. (23/01/2012 - 01:45am) kami tiba di
puncak Yong Belar. Hujan renyai dan angin kuat menyambut ketibaan kami.
Day04 - 23/01/2012 (08:22am) aku dah bangun.. sejoknya la kat sini.. gigil.. kemas2 barang n sarapan.(11:00am) selepas cuaca
sedikit panas, kami bergerak ke kem seterusnya.. Junction Kem dan decide utk berhenti seketika kat kem H20; (11:36am) tiba di kem Kuali dan merehatkan diri (15:00pm) kami tiba di puncak valley. (15:55) along decide kita bermalam kat H20 je; besoknya baru ke junction.(16:30pm) kami bergerak ke H20 kem dan tiba jam(18:08pm) di kem H20. Bermalam disini sungguh nyaman skali.
Day05 - 24/01/2012 hari agak lewat bangun. tak de apa yg nak dikejar sbb perjalanan lebih kurang 5 jam ari nie; (12:15pm) setelah
semua dah pack gerak ke Junction Kem; ada sumber air waterfall kat sini. boleh ambil utk dibawa ke Junction Kem.(17:05pm) tiba di Junction kem. ada group lain buat V1.
Day06 - 25/01/2012 Bangun pagi seawal jam 7, siap2 utk ke Korbu-Gayong. (08:20am) kami bergerak ke tempat dituju. (10:12am) tiba di
kem cerek. aku terus telipon ke rumah; tujuan untuk bertanya khabar nendaKu, mmg dah dijangka. tepat jam 06:20 pagi nendaKu telah kembali. aku hanya mampu membaca AL-fatihah. Misi aku tetap teruskan;(11:05am) bergerak ke simpang korbu-gayong (11:45am) kami tiba di simpang korbu-gayung; perjalanan diteruskan ke Puncak Gunung Korbu dan tiba (13:20pm); berehat dan bergambar disini.(14:20pm) bergerak ke simpang kembali; dan tiba disimpang (15:35pm) teruskan perjalanan 10 minit ke puncak Gunung Gayong dan tiba jam (16:00pm); 10 minit bergambar disini, dan terus ke kem cerek setelah hujan turun ngan renyai2nya; (16:40pm)kami tiba di kem cerek; setelah mengambil air, kami gerak kembali ke kem Junction(15:30pm) perjalan bermula ke Junction dan laluan amat pacak dan tiba jam (19:10pm) di Kem Junction; di sambut ngan lempeng buatan pecal n man; sungguh sedap skali... adeh...
Day07 - 26/01/2012 misi utk bermalam di kem DGU pula; (12:30pm) bergerak ke kem DGU;(12:45) tiba di Anak Junction; dan berhenti jam (15:00) di kem lembah agas. makan tengahari di kem ini. ada sungai utk basahkan tekak; (18:30) tiba di kem bonsai tengah
dan (20:30pm) kami tiba di Puncak View. Terkilan tidak nampak view matahari terbenam disini; mungkin rezki ku belom ada; bergerak terus utk ke kem seterusnya dah tiba tepat jam (22:00) di Kem DGU.
Day08 - 27/01/2012 pagi nie kami dah set utk tido di Kem Lopak.(09:30am) bergerak ke kem Lopak berhenti seketika kat kem Bonsai
semak (09:45am) dan lintas kat Puncak Berlumut (11:30am); redah sampai ke kem Kacang jam (12:00pm); Lunch kat kem Kacang nie... sampai jam (14:15pm); lepas lunch bergerak ke Puncak Kambing sambil santai2 melihat tok nenek (15:17pm) sampai di Puncak Kambing dan bersedia untuk ke puncak tok nenek secara day pack.(15:40pm) sampai ke Puncak Tok Nenek; view amat menarik.(17:30pm) dari Puncak kambing kami bergerak ke kem Lopak dan singgah sebentar di Puncak Kayong(15:45pm). selepas turun naik dan turun naik kami tiba di kem Lopak tepat jam (18:30pm);
Day09 - 28/01/2012 misi ari nie utk tiba dipuncak Yong Yap; bergerak (10:15am) ke Yong Yap dan tiba di Puncak Bubu pada jam (11:49am); lunch di sini.. emm terus ke Yong yap; Berhenti di simpang Yong Yap (16:30pm) berehat sekita; (16:55pm) gerak ke puncak Yong Yap; dan tiba di Puncak Yong Yap (17:33pm); Alhamdulillah. semua selamat sampai;
Day10 - 29/01/2012 Jam 11:25 perjalanan pulang... perjalanan mengambil masa hampir 10 jam. adeh.. nasib turun je.. heheheh dan tiba di kg. org asli jam 9 mlm.

Kerja gia : salleh, wakleng, din, pejal, attar, boy, ijan, mankubik, awie, aris, abby, along & ckuku.
Cost: RM200 utk penat/susahkan diri/sakitkan diri dll.